Thursday, April 14, 2011

Permulaan..

Assalamualaikum wbt..
Ni lah hasil pertama kali menerima tempahan jahit manik setelah trial pada baju sendiri..

Sebelum  berceloteh lebih dalam,
Saya memperkenalkan diri empunya tukang jahit..
Penjahit Manik yang anda sedang tatapkan ialah Bonda saya iaitu Hajjah Zahrah Binti Hj Amir atau lebih mudah dikenali dengan panggilan ibu (that's why this blog dedicate to her)

Setelah sekian lama menerima tempahan lalu mulut,kini dibuka tempahan melalui dunia 
IT..
Jahitan manik pada lengan dan kaki baju..

Close up Jahitan manik di kaki baju..

and kami akan terus tatapkan photo-photo manik dari baju kurung ke baju punjabi,sari mahupun kasut ala baba nyonya (comfirm rambang mata)